Monday 5 December 2011

A Happy Day. It is my DAY today.


 I'm 43 today.  Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia dengan 4 cahaya mata yang sentiasa menceriakan hidup ini, seorang suami yang amat memahami dan menyayangi diri ini seadanya juga kasih sayang kedua ibubapa, mertua dan saudara mara dan rakan taulan.
Berilah hamba mu ini kesihatan yang baik untuk ku melakukan ibadah terhadap Mu Ya Allah.  Janganlah Engkau Kau palingkan hatiku dari Mu ya Allah. Aku hanyalah manusia biasa yang memiliki iman senipis kulit bawang. Amalan ku hanyalah sedikit. Janganlah kau jadikan aku leka dan hatiku berbolak balik.  Tetapkanlah Imanku.   Moga hidupku sentiasa mendapat keredhaanMu. Moga kebahagiaan ini kekal berpanjangan ya Allah..

Friday 2 December 2011

Bersunat Hasif

  30th Nov 2011.  Today is Ngah Ija's birthday.  It is also a big day for Hasif because he will be a big boy from today onwards.  The appointment with the doctor will be at 8.40 a.m.  So...kakak Ilah dan kak baby tak tidur after subuh lah today coz nak tengok macamana Hasif bersiap untuk ke klinik.  Hasif pun senang bangun pagi ni dan tak banyak kerenahnya.  Abah panggil ajak mandi ,terus je bangun and mandi.  After breakfast, Tok Ma sampai. Lepas borak-borak dengan cucu-cucunya, off we went to Poliklinik Mutiara.

  Sampai di klinik dah ada ramai patients menunggu.  Hasif was the 3rd one in the line to be circumcised this morning.  After 30 minutes waiting, the first boy's name was called. Nampak gaya macam berani je budak ni.  Confidence je dia jalan in his pants. The father, grandfather and uncle walked behind him. From the way he walked, nampak gaya macam budak ni boleh mengharungi cabaran di dalam bilik doktor tu nanti.  Memang betul....after almost 15 minutes, budak tadi berjalan keluar dengan tenang walaupun air mukanya dah sedikit berubah.  The chaperones were all smiling, walking behind him and the father kept saying...dah selesai dah, dah selesai dah. Syukur....
 
  After a couple of minutes, the second boy's name was called.  Yang ni, the mother and the father berjalan masuk dulu.  The boy berat je jalannya.  Masuk je, tak sampai 2 minit terus dengar budak ni nangis saying..."tak mau, tak mau...".  Alamak ...Hasif will be after this, hopefully dia tak dengar tangisan budak ni.  I asked Hasif to change places to a seat yang jauh sikit dari bilik doktor and he followed without hesitation.  Lepas tu pintu bilik dibuka dan I could hear the doctor asking the parents to take the boy for a drinks at the  restaurant nearby to calm him down.  The parents walked slowly to the grandfather who was waiting at the seat saying..."Nak buat macamana, dia takut".  Aduh...harap-harap my little boy will be fine afterwards.

  The moment has arrived.  The assistant at the clinic called Hasif's name and he jumped from the seat and ran to the doctor's room. His abah, Tok ma and I walked behind him, smiling looking at him...running into the room.  Dalam hati duk kata..."Tak takutnya anak aku ini.  Alhamdulillah". 

 The doctor greeted him saying that his name is a beautiful name and asked his age.  Confidently he said that he is 6.  "Bagus...bagus"..the doctor said and then he took off his pants after the doctor asked him to do so.  Walking confidently to the bed in the room bottomless with his handphone in his hand, he seemed curious. I asked him to concentrate on the game in the hp.  He did and suddenly...lepas doktor cucuk jarum ubat bius je I can see airmata my only anak teruna ni gugur.  He cried without suara, tapi air matanya ada.  Kesiannya anak mama menahan sakit.  "Sakit sikit je"...the doctor kept saying at him.  Syukur dia tak meronta. Lepas tu I felt dizzy....why?  Heh...heh...beeecause...I saw the doctor holding a scalpel and a small scissors in his hand.  Aduh....rasa nak jatuh je...tapi nasib baik tak jatuh.  I asked my mum to take my place and stand next to Hasif and I then walked to the chair at the doctor's desk and sat there for a while.  For Hasif's sake , I still smiled at him because he is looking at me from the bed and saying mama...mama. Doctor kata lagi 5 minit proces tu siap lepas dia masukkan sarung (clamp) dan Hasif dah boleh pakai seluar.  Alhamdulillah...tak sampai 5 minit, selesai semuanya.  Dengan berpelikat...my hero dah selesai dan berjalan keluar dari bilik doktor dengan muka selepas menangis and without pain (for the time being).

  We thanked Dr Wazir and Dr Jelani and went to the car waiting for abah to get the medicine and settle the payment. While walking out from the doctor's room, terdengar patients di kerusi menunggu memuji Hasif kerana tak menangis.  Like the first parents, myself and his Tok Ma just smiled.  Dah selesai satu tanggungjawab... 


  On the way back home, Hasif tidur.  Elok sampai je di rumah....dia dah mula MENYANYI lagu .. "sakit... sakit.... pedih ... panas".  Since I don't have any experience of process bersunat ni dan tak pernah tengok orang bersunat pun ( since I came from all girls siblings and anak2 pun 3 dara and Hasif is my only boy, so...you all can imagine la betapa perak nya saya melihat *** Hasif selepas sunat).  Kakak2 Hasif yang 2 orang ni pun (seorang 18th dan seorang lagi 13th pun tak pernah tengok juga) asyik menjerit and lari je bila Tok Ma, abah and mummy duk belek *** Hasif. 

  Abah before going to the clinic this morning dah siap sediakan tempat untuk gantung kain pelikat style tradisional. Tapi, nak buat macamana, Hasif tak nak guna pun. Hasif  cried bila dia rasa sakit on the first day je.  Masuk hari ke dua, dia dah lari sana sini macam orang tak sunat pun. Saudara dan rakan-rakan mummy and abah yang datang untuk kenduri kesyukuran semuanya hairan tengok Hasif naik turun tangga kat verandah dan lari ke sana sini bila dia main dengan sepupu dia.  "Hati hati, nanti bentan", shouted a friend at him.   Alhamdulillah...thanks to the modern technology, process bersunat ni dah jadi mudah especially bab waktu penjagaan selepas bersunat.  Smart clamp circumcision ni memang sesuai untuk ibu-ibu yang penakut / seriau nak tengok darah atau bekas luka macam saya.  According to my husband, tak ada setitik darah Hasif yang keluar waktu process ni. 

  Alhamdulillah...Hasif nanti dah boleh solat satu saf dengan orang dewasa bila ke masjid.  I am proud of you my little one.

Monday 28 November 2011

It is Hasif's Day Today

  Hari ni macam biasa, shopping day kat Giant Alor Setar.  Dah selesai beli barang-barang dapur, anak-anak nak makan. Gave them some money and off they went to Mariam Coklat ( MarryBrown as called by others but my second daughter called it this way since she was in her primary years). 
  I then went to the "Back To School" section.  Niat di hati nak beli barang-barang sekolah untuk Hasif ( my youngest and my only boy - harap-harap no more worries about diapers and midnite cries after this.)  He's going to be in Year 1 this coming January and he is too eager about it.  When I asked him to put on the school uniform, wah...wah...wah... sengeh sampai ke telinga.  Syoknya.  Then asyik duk tanya when is the school day.  Nanti kita pi sekolah no....insyaallah 29 Dec for the orientation.
   Sambil duk ronda ronda kat section tu , we stopped at the Faber Castell pit stop.  I asked him to get a box of coloured pencils.  Ingatkan dia nak capai a box of 12 colours, tengok2.....kawan pi pilih a box of 24 colours.  Tak pa....Hasif nak sekolah kan, nanti rajin-rajin guna colour tu untuk warna kerja sekolah tau, jangan conteng dinding rumah like usual sudah le.............


  For today, I only bought 2 pasang uniforms, a pair of school shoes, 3pairs of socks, coloured pencils and a box of pencils + erasers.  Altogether RM165.10.  (Nanti kita p Yawata  la pulak p tambah kuantiti uniform and kasut sekolahtu , ya Hasif...Hari ni budget mama tak cukup coz mama dah beli barang dapur almost RM200 tadi). 
  Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur dikurniakan rezeki yang mencukupi untuk kami sekeluarga.    Syukur Alhamdulillah. 
  (Terfikir juga bagaimana golongan yang kurang berupaya menyediakan persiapan untuk anak-anak mereka.    Sekali keluar berbelanja, dah spent RM300 lebih. Adakah kita membazir?)

Saturday 26 November 2011

Salam Maal Hijrah

  Dah pun 7.58 malam.  Baru tadi kita semua selesai bersolat maghrib dan beramai ramai membaca doa awal tahun setelah membaca doa akhir tahun di akhir solat asar petang tadi.  Ya Allah...untuk setahun mendatang ini, peliharalah daku dari melakukan perkara-perkara yang tidak bermanafaat, janganlah engkau jadikan aku menyukai perkara-perkara yang lagha dan boleh melupakan Mu ya Allah. Peliharalah imanku, suamiku, ibubapaku, mertuaku, anak-anakku, adikku, saudara maraku, sahabat handaiku dan muslimin muslimat sekalian.  Jadikanlah aku seorang hamba, anak, isteri , ibu, guru dan  sahabat yang beriman, soleh dan dapat membahagiakan orang-orang di sekelilingku.  Ampunkanlah segala dosa-dosaku Ya Allah.    Ampunkanlah dosa kedua ibubapaku, mertuaku dan datuk nenekku.  Mudahkanlah perjalanan hidupku dan zuriat keturunanku Ya Allah. Perkenankanlah doaku hambamu yang kerdil dan jahil ini.  Amin ya rabbal a lamin...

Friday 4 November 2011

Petua Baby Kuning

     Pagi tadi,  kami sekeluarga pi tengok cucu baru my brother-in-law.  Since my brother in-law and his wife pergi haji, kami suami isteri ambil alih tugas tuk and tuk wan ni setakat mana yang mampu.
     Di pasar tadi terjumpa orang jual ikan haruan kering.  Elok sangat ikan tu, so...beli 1/2 kilo untuk Aini (the new mom) makan dalam pantang.  Nak tahu berapa harga sekilo ikan haruan...RM50.00 harganya.  Fullamak.....memang boleh buat duit kalau rajin...
     Half an hour lepas sampai rumah Aini, mak bidan pun datang untuk mencukur rambut baby Irham since hari ni hari Jumaat  dan Irham pun dah 9 hari usianya.  So....dalam  beberapa minit, dogollah si baby ni.  He looked so comel without his hair. 
     Apapun....apa yang saya nak sampaikan di sini ialah satu petua yang saya baru belajar dari mak bidan moden ni.  Mengikut mak bidan ni...kalau baby kuning, dan nak bagi bacaan nya turun dengan cepat, petuanya ialah ambil 2 biji buah anggur merah. 


    Dibuang biji dan kulit luarnya dan dilenyek sehingga keluar air/jusnya.  Jus ini di suap pada baby yang kekuningan.  Insyaallah...kuning pada baby akan keluar melalui air kencing dan najis baby.  This is according to mak bidan moden ni lah.  Katanya dah ramai orang yang dia bidankan try petua ni dan menjadi.  InsyaAllah....

Tuesday 25 October 2011

Beware!!!

     Yesterday was the second time I received a call from this number...+18774273368.  The first time I got a call from this number was on the 7 of October .  Frankly I thought that it was a call from a friend who lives in Norway.  But, when I answered the call, no one was on the other side of the phone.  This made me curious.  I started to google and wow.....I'm not the only person who received calls from this number.  So...beware of this number because it is a SCAM.

Saturday 22 October 2011

Wedding gifts / Hadiah pengantin


    It's shopping day today.    Giant lah nampak gayanya destinasi yang akan dituju kerana ianya mudah, semua ada di bawah 1 bumbung.  Anak yang sulung yang sedang belajar di UPM minta tolong belikan  wedding gift untuk seorang kawannya.  At first it was quite difficult  to find a perfect one but with the help of my Baby Annisa who is 13, it was a big help for me.

     Some people prefer to buy a wedding doll for the bride and groom, but in my opinion, i personally think that it is not appropriate....tak sesuailah untuk pengantin Malaysia.

     Ok, di sini saya nak share beberapa idea apabila hendak menghadiahkan sesuatu kepada pengantin.  Hope that it is beneficial. 

1)  Tea set
     Banyak pilihan yang akan kita jumpa di bahagian pinggan mangkuk atau di kedai pinggan mangkuk.  Carilah set yang praktikal dan bercorak sesuai.  Ini supaya ia akan digunakan dan tidak hanya disimpan tersorok di dalam setor sahaja.
 
contoh yang sesuai
 
in my opinion...this is for display only....
2)  Set gelas
     Hadiah yang paling gemar diberi kepada pengantin.  Mudah didapati kerana tak perlu cari lama-lama di kedai.  Banyak pilihan dengan harga yang berpatutan di bawah RM20.00.  Kalau nak lebih berkualiti, carilah gelas Luminarc atau Pasabache.  Kualitinya terjamin.


Mahal sedikit tapi berbaloi....















3) Mangkuk Buah / Mangkuk Bubur @ ais krim
    
     Mangkuk buah...ia praktikal tapi jarang diberikan sebagai hadiah.  Mangkuk ini boleh digunakan sebagai mangkuk tambah (untuk nasi) jika ada orang datang ke rumah.  Cantik dan praktikal kerana selalunya ia besar.  Juga boleh digunakan untuk mengisi kuah mee rebus , laksa dsbnya. 
     Selain untuk menghidangkan bubur, mangkuk bubur ni juga tersangatlah sesuai untuk digunakan untuk mengisi air celup tangan (style orang utara sebut ) untuk diletakkan di meja hidangan bagi membersihkan jari jemari ketika hendak menjamah hidangan .
mangkuk buah
mangkuk bubur/ais krim

4)  Kutleri set
     Banyak pilihan boleh didapati di bahagian pinggan mangkuk.  Boleh dibeli loose atau yang telah siap dikotakkan.  Jika beli yang loose  (like what i always do), saya akan carikan bekas seperti di bawah dan masukkan kesemuanya ke dalam 1 bekas tersebut dan balutkan. 
  Walla....Tersangatlah elok untuk dihadiahkan kepada pengantin baru.  Mereka tak payah bersusah payah lagi mencari sudu garfu kalau tetamu datang ke rumah. 
 
 

     Selain daripada set sudu dan garfu  ini,  boleh dihadiahkan juga set pisau untuk kegunaan harian.  Ia lah...zaman hidup bujang manalah nak ada pisau yang lengkap di dapur, diharap dengan adanya hadiah seperti ini akan melengkapkan dapur pasangan baru kita.


Ada banyak pilihan . Ini hanya contoh.


a good idea for a gift...


5)  Dinner set


      Kalau nak membeli set ni memang agak memeningkan kerana ada banyak pilihan: 4 pieces, 6 pieces, 12 pieces dll. Congak budget anda dan buat lah pilihan yang tepat.  Selalunya kalau nakkan set yang lengkap, ia agak mahal, boleh didapati dalam lingkungan harga RM 400++.  Kalau harga budget boleh la dapat bawah RM100.00, tapi tengok kualitinya dahulu.

6)  Set cadar & comforter


     Cadar sangat sesuai untuk dijadikan hadiah kerana pasangan yang baru berkahwin memang perlukan set cadar sebagai 'spare' jika yang sedia ada dicuci.  Ini terjadi kepada saya waktu baru-baru kahwin dulu.  Bila dah buat laundry cadar, tak ada gantian.  Jadi, tidur dengan tilam beralaskan kain batik sajalah kerana cadar tak kering bila dicuci. Lagipun, takkanlah pengantin baru asyik nak tidur atas cadar satin berkilat sahajakan.


   
     Comforter yang juga disebut toto/lembek  boleh dihadiahkan kepada pengantin baru.  Kalau ada tetamu datang ke rumah, boleh digunakan untuk lapik tidur jika tiada tilam. ( Baru je beli yang sebegini tadi untuk dihadiahkan kpd kawan anak).

7)  Periuk

    Memang diperlukan untuk memasak.  Kalau hidup bujang dulu hanya ada 1 je periuk untuk memasak mee maggi, tapi bila hidup berumahtangga ni kenalah lebih sikit periuk belanganya.  Ada pelbagai pilihan, samada nak hadiahkan yang biasa seperti di bawah atau pun yang non-stick (mahal le sikit), terpulang.


8)  Barangan letrik - rice cooker, blender, mixer, vacum cleaner, electric oven, cerek letrik

   Selalunya barangan letrik ni dihadiahkan oleh kawan-kawan pejabat dengan collection duit dari staf pejabat.  Jadi, dapatlah beli barangan yang harga beratus ringgit untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan yang akan menjadi raja sehari.

9)  Lesung Batu

    
     Barangan ni memang berguna untuk membuat sambal belacan.  Hadiah ni nampak kelakar, tapi dapat digunakan bergenerasi jika hayatnya panjang.

       Akhir sekali, buatlah pilihan yang sesuai untuk saudara mara/ sahabat handai anda yang nak melangsungkan perkahwinan.  Chao.............

Saturday 15 October 2011

Pudding Roti

     It's cooking day today.  For brunch , I cooked 'Nasi Tomato' with prawn curry.  I add carrots to the curry.  Then I fried omelette and pomfrets .  Just like nasi kandar style.  Alhamdulillah...everybody in the house love it.  Simple but delicious.....

     In the evening (since i'm full of energy today), I made bread pudding with custard sauce.  So...this is the recipe to share with everybody.

Ingredients:
5 slices of bread (spread with butter or margarine) - arrange in the tin
450ml fresh milk
2 tbsp sugar
1 tbsp custard powder
3 eggs

Directions:
Blend milk, sugar, custard powder and eggs.  Then pour into the pan which is filled with bread.  Let the bread soak in the mixture for a while before baking it at 180 c for 30 minutes.

Custard sauce:
1 can of evaporated milk
sugar to taste
1 tbsp custard powder

Mix all the ingredients well and simmer on low heat until bubbly for awhile. Cool in the refrigerator before ready to be eaten.



Friday 14 October 2011

Rainbow cake...my style

     I tried to bake a rainbow cake after my closest friend who is a legal advisor cum baker told me about her pink rainbow cake.  She baked her cake guna resepi Dorie Greenspan.  But, I used  butter cake _version kek segera from box.

     Then, I took 6 plastic cups, put the batter in equal amount into the cups and drops of different rainbow colours into each cups.



the colourful batter
 
     After that, the process is like making the usual marble cake .  I started the layers with purple, blue, green, yellow, orange and lastly red .


the layers


Walla...my easy rainbow cake topped with cream cheese frosting
     
     This is the recipe for the cream cheese frosting:

Ingredients

  • 2 (8 ounce) packages cream cheese, softened
  • 1/2 cup butter, softened
  • 2 cups sifted confectioners' sugar
  • 1 teaspoon vanilla extract

Directions

  1. In a medium bowl, cream together the cream cheese and butter until creamy. Mix in the vanilla, then gradually stir in the confectioners' sugar. Store in the refrigerator after use.
Happy Trying................ 





`





Penang - day trip

     Macam selalu, sebulan sekali kami sekeluarga akan ke Penang.  Saja jalan-jalan.  Aktiviti utama ialah makan di Restoran Tajuddin Hussain, Lebuh Queen, Penang.


      I was introduced to this restaurant by a friend who brought me here for a lunch.  Her only daughter, Che Chah called it "Bombay restaurant". Why Bombay?  Ha...ha... ini kerana bila melangkah masuk ke kedai ni, sometimes you can hear the "waiters" will speak in their language to each other...in loud tone. Ada sekali tu bila kami ke restoran ni, 2 - 3orang pekerja tu akan pakai kain pelikat yang ditarik dicelah peha dan diselit di pinggang.  Pemandangan biasa di kedai mamak.  Tapi sejak dua menjak ni dah tak ada dah mamak tu di kedai ni.

     Nak melangkah masuk, jangan terkejut kalau disapa oleh peminta sedekah yang sedia menunggu di tangga nak masuk kedai ni.  Selalunya pengunjung kedai yang bermurah hati akan memberi sedekah selesai menjamu selera.

     Ok...nak tahu specialty kedai ni.  Kalau nak yang best, ambil ayam ros and nasi beriyani. Sedap... Tambah lagi kalau ambik masak kambingnya.  Mak mertua lalu belakang gerenti tak sedar punya... Tapi...of all the dishes, my favourite is the sotong kari.  Pergh....


nasi briyani with acar timun& nenas

the delicious sotong kari...my taste
     Oh ya...terlupa nak bagi tau,  semua dishes will be serve in the green melamine plates.    Sambil makan the waiter akan datang ke meja dan mengira harga.  Sudah makan, jangan lupa minta slip kertas harga tadi untuk dibawa ke kaunter bayaran.   Selalunya kalau makan masa rehat waktu hari bekerja, kita tak selesai makan, gerenti ada customer lain yang akan berdiri di tepi meja .... booking meja.   This shows that memang nasi dan lauk restoran ni memang mengancam...
    Selamat mencuba....


    

Saturday 17 September 2011

Puff Pastry

           Salam pagi Ahad...
           Bangun tidur kelmarin tekak ni terasa nak makan puff pastry. Dolu-dolu waktu menemani suami belajar di luar negara , membuat  makanan ni was my favourite.  Hanya beli kulit pastry di Wades, Walmart atau Kroger, balik buat inti ,bake.... terus boleh makan. 


           Sejak balik ke Malaysia, dan tinggal pula nun jauh di utara ni, tidak pernah ku jumpa kulit pastry segera seperti di sana.  Selepas 14 tahun, pada minggu lepas, seperti biasa kami sekeluarga akan membuat weekend shopping untuk barangan dapur di Pasaraya Giant.  Di bahagian frozen, mata terpandang.....


          Apalagi....tangan ini terus mencapainya.  Anak daraku yang berumur 14 tahun terus sebut..."Mama, lama la baby tak makan puff pastry, kalau ma rajin ma buat la...".  Heh..he...nanti rajin ma buat ya...
Oleh kerana kelmarin cuti , mood rajin mama pun datang....so, this was what I made yesterday.



Kalau nak cuba, ini resepi ikut taste saya.  Enjoy.....

Bahan-bahannya:

1 packet kulit pastry
isi ayam - saya guna bahagian dada
1 susu makan (sederhana) serbuk ketumbar
1 sudu makan (sederhana) serbuk jintan manis
1 sudu makan (sederhana) serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam - saya guna sudu plastik KFC
ubi kentang , carrot - dipotong dadu ( kuantitinya terpulang kepada anda)
bawang besar dipotong dadu
garam
gula - ikut rasa

Cara saya:
 1.  Tumiskan bawang hingga naik bau.  Kemudian masukkan semua bahan serbuk dan lada hitam.Tambahkan air sedikit.
2.       Bila sudah naik bau, masukkan isi ayam , ubi dan carrot.  Tutup periuk supaya wapnya tidak keluar.
3.       Jangan lupa masukkan garam,gula dan dikacau sebati.  Bila telah masak, tutup api dan biarkan sejuk untuk dibalut dengan kulit pastry.
4.       Bila hendak bake, guna panduan pada plastik packet pastry. 

Selamat Mencuba....





Monday 8 August 2011

Menu Hari Ini

     Alhamdulillah....cepat sungguh masa berlalu.  Hari ini dah masuk 8 Ramadhan.  Badan letih dek cuaca terlalu panas di utara menyebabkan anak-anak murid di sekolah kerap ke tandas.  Masuk je ke dalam kelas pasti kepala dan kolar baju basah.  Air menitik-nitik turun dari rambut yang dibasahkan.  Bila ditanya pasti jawapannya "nak bagi rasa fresh , cikgu".  Tak apalah...mereka masih lagi dalam proses pembelajaran.  Kalau tidak, lena mereka waktu kelas.....

     Anak bongsuku pula bila di tadika, kerana ikutkan  kawan-kawan yang berpuasa...dia dapat menahan diri dari makan.  Tetapi, naik sahaja ke kereta apabila selesai puku 4 ptg, pasti disuruhnya bawa kereta cepat-cepat supaya cepat sampai ke rumah.  Nak makan.......katanya.  Aduhhhhh.....bila la Hasif dapat puasa penuh dalam sehari? Tetapi setakat pukul 5 petang ni dia tak minta makanan lagi.  Harap-harap untuk hari ni dia dapat puasa penuh for the first time.  InsyaAllah....

Saturday 6 August 2011

RAMADHAN 2011

     Alhamdulillah...hari ni dah masuk hari ke 6 umat Islam berpuasa.  Walaupun penghuni rumah ini tidak lengkap kerana Adik tiada di rumah, tetapi keriuhan ketika makan berjemaah tetap ada.  Ini kerana Anisa dan Hasif akan meriuhkan keadaan.  Kakak yang sulung pula akan memarahi Anisa kerana rajin mengusik adiknya.  Seronok melihat kerenah anak-anak tatkala masuk waktu iftar.  Walaupun anak-anak yang lain sudah menjadi "young adults" tetapi apabila mereka bermain atau menonton tv bersama , anak-anak ini masih lagi seperti anak kecil....terutama sekali ketika berebut channel dengan Hasif yang baru nak masuk 7 tahun.


     Insyaallah...minggu depan kami sekeluarga akan ke P.J untuk mengubat rindu Adik yang ingin bersama dengan kami semua selepas 2 bulan di perantauan.  Kesian Adik...insyaAllah nanti Mama & Abah datang jumpa Adik.  Baawa Kakak, Baby dan Hasif bersama.

Friday 22 July 2011

Saturday...23 July 2011

      It's been quite a while since my last entry. I'm in school right now...ada LDP.  It is fun being with friends yang dah senior dan veteran berkursus guna komputer ni.  Penceramah duk berceramah, since masing-masing ada komputer seorang sebuah depan mata...apa lagi....google resepi lah. So for today, i googled blog sweet vanilla.  Bagus blog ni.  Banyak resepi mudah dari adik doktor ni.     My favourite would be slice cheese cake.  Insyaallah balik satgi nak cuba buat.  Nampak yummy sangat...

Tuesday 7 June 2011

Boring......

    Pagi ni, bangun sahaja dari tidur my only prince sebut: "Mama, boring la cuti lama sangat.  Duk kat rumah ni tak ada kawan pun.  Baik pi sekolah, ada kawan boleh main."


    Itu adalah apa yang diucapkan oleh seorang budak berusia 6 tahun 3 bulan.  Kesiannya dengar.  Memang la dia tak ada kawan nak main di rumah.  Si kakak sulung berusia 20 tahun, sedang menghabiskan cuti semester sehingga September ni dengan bekerja sambilan di nursery berhampiran.  Yang kedua, juga seorang kakak baru sahaja melanjutkan pelajaran di Petaling Jaya.  Yang ketiga.....kakak juga, di tingkatan satu. Kakak ni is always in her own world. Kegemarannya melayari page artis Korea.

     Jadi, si adik ni aktivitinya dari bangun tidur hingga pukul 5.30 petang iaitu sebelum keluar bermain dengan kawannya Hariz dan Kak Ngah ialah menonton Ceria 611 ataupun bermain online game - his favourites will be "agame" dan "gamesfreak".  Kalau kita suruh ambil buku untuk diajar baca sukukata, his answer will be " tak best la mama".  Kakang-kadang kerana terlalu asyik bermain dan tak mahu meninggalkan komputer atau t.v, dia sampaikan pernah kencing dalam seluar.  Alasannya would be.." Hasif tak dan..., nak buat macamana."  Oh my!!!!!!!!!!!


       Dua minggu yang lepas, saya terdengar apa yang disebut oleh Dr. Shukri dalam radio IKIM .  Beliau menyebut yang anak zaman sekarang, dari yang kecil hingga yang besar semuanya hilang kemahiran bersosial kerana masing - masing sibuk dengan "screen gadgets".  Kalau tak guna handphone, dia akan guna komputer / laptop / ipad atau ipod. Paling tidak pun dia akan mengadap televisyen.  Semuanya berskrin dan merosakkan mata.  I agree with him but what to do......
   

Monday 6 June 2011

4 dan 5 June 2011

     Sebulan yang lepas, I was quite worried mengenai 2 tarikh ni.  Apa taknya....pada kedua-dua tarikh ni ada banyak kenduri.  On the 4th of June ada 6 kenduri dan on the 5th of June ada 7 kenduri.  Semuanya tak boleh di-misskan.  Itu tak masuk lagi nak kena pi rumah Kak O ; isi bunga telur dan meramaikan petang sebelum hari kenduri....   Aduhhh...nampak ayam masak merah dan gulai daging (menu utama lauk kenduri)....boleh kasi pening ni!!!
                                         
                                                    
    Alhamdulillah....bila hari yang dinantikan tiba, semuanya dapat diatasi.  Kami keluar ke rumah kenduri bermula dari pukul 11.00pagi...ke rumah yang paling jauh dahulu. Akhir sekali barulah kami ke kenduri jiran yang cuma selang 1 lorong dari rumah.  Segalanya selesai pada pukul 4.00 petang.  Kesian juga kat seorang kawan ni...demi untuk memenuhi jemputan walimatul-urus sebanyak 26 jemputan...dia keluar rumah dari pukul 10.00 pagi dan selesai semuanya pada pukul 9.00 malam. Iitu pun ada yang dia hanya pergi tunjuk muka pada tuan rumah sahaja.  Apapun, selesai sudah satu tanggungjawab dengan memenuhi jemputan tuan rumah.
                                                    

Wednesday 1 June 2011

Good Luck dear..

     Ahad lepas, kami sekeluarga kecuali my eldest daughter yg bekerja, bertolak ke Kuala Lumpur untuk menghantar anak yang kedua meneruskan pengajian asasinya di Pusat Asasi UIA, Petaling Jaya.  She was looking forward to go to this place because of her interest in law. Alhamdulillah...syukur Adik dapat course ni.  So....dah dapat apa yang dihajati, belajarlah bersungguh-sungguh.  Jangan lupa Allah, jangan lupa pesan mama and abah and also jangan lupa "roots".  Insyaallah everything will be fine.  Good Luck in whatever you do. 

Friday 20 May 2011

From Mama and Mak

     A few days before Hari Ibu , my beloved mother came to the house and gave me a gift. It was really a surprised.  She went to her former house , searched her 'gerobok' and found her black rose platter.  "Ini untuk Che Tan", she said.  Wow............Thank you mama.  Seronok bukan kepalang. My second daughter kata... "Mesti sengeh sampai ke telinga the whole day hari ni...". So, this add to my collection yang tak seberapa ini.

my black rose platter

     Before this, my MIL gave me a few of her piring kekwa merah.  Apalagi...my husband yang minatnya mula bercambah sejak melihat my koleksi bunga kangkung pun mulalah mencari pinggan pinggan yang masih lagi elok.  Tapi kerana pecah, retak dan sumbing dah tak banyak yang boleh diambil.  So, these are a few yang diberi oleh mak.


Monday 2 May 2011

Trip to Baling

   29th April...at last........semua setuju to follow the trip to Rumah Yakin Al Wadi.  At first anak-anak tak nak ikut.  Anisa dengan bermacam-macam alasan: ada kerja rumah M3lah, kerja rumah Sains la, nak tu lah, nak ni lah dan macam-macam lagi.  Tapi, I knew why...she just wanted to watch William and Kate's royal wedding.  He..he..Baby tak leh 'makan' mama....  Apapun, I'm proud that the whole family joined the trip.

   8.30a.m sharp,  berkonvoi dengan 25 rakan yang lain (yg menaiki bas) to Kupang, Baling. Misi membawa 20 kotak pakaian, buku dan 20 beg beras. First stop was at R&R Gurun.  Had breakfast, rested for awhile and then continued the journey to Ladang Anggur Tasik Beris. 

Pekerja sedang memangkas pokok-pokok di ladang anggur
  Wow....kagum kerana ada ladang yang sebegini di negeri Kedah ini.  Cantik dan dijaga rapi.  Sangat sesuai untuk dikunjungi.  Tiket: RM3 , tapi dah datang dalam group, management bagi RM2 je.  Ada peraturannya jika melawat ladang.  Buah di ladang tak boleh dipetik.  Jika dipetik walaupun sebiji, denda nya seperti membeli sekilo anggur, iaitu RM25.  Aduhhh... mahalnya.

Buah ini kena tunggu lagi sebulan baru
boleh dipetik
  Buah anggur di ladang ni seedless.  Macam-macam ada di souvenir shopnya.  There's white grape juce, red grapes juice, fresh fruits, grape seeds lotion, shower cream, cordial and pastries.   As for makan-makan di dalam kereta, I bought afew bottles of while grape and red grape juice and a packet of fresh grapes.  So sweet.....About 2 1/2 hrs juga kami di ladang anggur ni. 

     Then, we continued the journey to perkuburan Ibrahim Libya di Kampung Parit Panjang, Baling. Al-fatihah untuk para syuhada'.  Sedih bila terkenang peristiwa Memali.  I wished anak-anak akan tahu/baca kisah sedih ni nanti. Waktu solat Jumaat, kami berhenti untuk solat di masjid pekan Baling.  Dalam pukul 2.30 ptg, kami teruskan perjalanan ke Kg kupang. Wakil rumah Yakin Al-Wadi datang menjemput apabila kami tiba di pekan ke cil Kupang.  Akhirnya...pukul 2.55 ptg, rombongan kami tiba ke destinasi.  Disambut dengan hujan yang agak lebat , alunan kompang dan senyuman manis anak-anak rumah ini, perut yang berkeroncong pun hilang keroncongnya.
Bangunan pentadbiran Rumah Yakin Al Wadi

   Sedih, sayu melihat anak-anak yatim dan miskin di rumah ini.   Bersyukur kerana diri ini masih punya mama dan papa juga mak dan ayah.  Dapat dilihat yang Aqilah dan Anisa juga merasai apa yang saya rasai ketika itu.  Hampir 3 jam di rumah ini memang suatu pengalaman yang baru.  Baru untuk anak-anaku yang pertama kali melakukan kerja sosial sebegini.  Alhamdulillah ...sepanjang perjalanan pulang tak seorang pun merungut tentang terlepas menonton perkahwinan William dan kate.  Kiranya berbaloi lah trip kali ni...

Sunday 24 April 2011

Syukur Alhamdulillah...

Like usual around 4pm tadi keluar pi ambik Hasif di tadika.  Traffic tak banyak waktu balik, , maybe waktu tu pelajar pelajar Poly tak habis kelas lagi.  If not....kenalah berhati-hati coz depa ni kalau naik motor mesti nak cepat, laju dan tak suka berhenti lampu isyarat.  Kita yang nak kena jaga depa, not they take care of themselves while on the road.  Anyway, petang ni it was not about them, but about one fellow (an uncle) yang naik motor ikut cara dia saja. 


I was driving on the right lane because nak belok kanan. Was happy driving while talking to Hasif. Suddenly...uncle ni senangggg saja tukar dari lane kiri masuk my lane coz nak masuk lorong U-turn. 

                                           

 I have to break mengejut and Hasif terhantuk ke dashboard.  Pity him...bengkak a bit di bahagian antara bawah hidung dan bibir.  Dia nak nangis tapi perlu macho...so air mata tu walaupun keluar dia 'break'kan.  Kesian dia... 
                                                   

As for that reckless motorcyclist, dia buat macam tak ada apa-apa je walaupun I did give him a loud honk and stopped a second on the road kerana terkejut.  Apa pun alhamdulillah kerana tak ada kereta dalam jarak yang dekat di belakang.  If not.....tak tau la apa nak jadi selepas tu.  Syukur Alhamdulillah....

Saturday 23 April 2011

my first day of blogging...

It was quite a busy day today.  Entah macamana tekak terasa nak makan mee kari.  So...mee kari it was for lunch. 

Hari ni seronok....niat hati masak awal nak jamu hubby.  Tup....tup..bila semua dah ready dia cakap tak nak makan lagi. Go to work first, lepas kerja baru balik makan ( he went to work at 11am). 

Sedihnya....tapi, tak sampai 15 minit kemudian, mama called, nak mai katanya.  Syoknya cucu-cucu dengar coz Tuk Ma nak mai.  Riuh rendah juga coz Wan Sham pun mai sekali. I was processing my taugeh for garnishing when Aqilah ( my second daughter) yelled saying "Ma...Tuk Ma bawa surprise untuk Ma".  It's not my birthday yet tapi ada hadiah...It is really a surprise!!!

Wow...mama bawa 2 set cawan bunga kangkung , platter rose hitam  dan jug buluh jepun.  They add to my collections..Merry!!!

Apa pun...dalam duk sibuk membelek my new items, Papa dah di meja makan.  Alhamdulillah katanya lunch mee kari today, if not for sure my mama will cook telur goreng and makan lauk perangat je katanya... Duduk berdua je, so mama senang masak simple simple kata mama. Lepas pekena mee kari, makan apom gebu cicah kelapa parut pulak.  Adusss... Sedapnya.




the apom hubby bought for breakfast
  

my mee kari