Saturday, 6 August 2011
RAMADHAN 2011
Alhamdulillah...hari ni dah masuk hari ke 6 umat Islam berpuasa. Walaupun penghuni rumah ini tidak lengkap kerana Adik tiada di rumah, tetapi keriuhan ketika makan berjemaah tetap ada. Ini kerana Anisa dan Hasif akan meriuhkan keadaan. Kakak yang sulung pula akan memarahi Anisa kerana rajin mengusik adiknya. Seronok melihat kerenah anak-anak tatkala masuk waktu iftar. Walaupun anak-anak yang lain sudah menjadi "young adults" tetapi apabila mereka bermain atau menonton tv bersama , anak-anak ini masih lagi seperti anak kecil....terutama sekali ketika berebut channel dengan Hasif yang baru nak masuk 7 tahun.
Insyaallah...minggu depan kami sekeluarga akan ke P.J untuk mengubat rindu Adik yang ingin bersama dengan kami semua selepas 2 bulan di perantauan. Kesian Adik...insyaAllah nanti Mama & Abah datang jumpa Adik. Baawa Kakak, Baby dan Hasif bersama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment