Saturday 22 October 2011

Wedding gifts / Hadiah pengantin


    It's shopping day today.    Giant lah nampak gayanya destinasi yang akan dituju kerana ianya mudah, semua ada di bawah 1 bumbung.  Anak yang sulung yang sedang belajar di UPM minta tolong belikan  wedding gift untuk seorang kawannya.  At first it was quite difficult  to find a perfect one but with the help of my Baby Annisa who is 13, it was a big help for me.

     Some people prefer to buy a wedding doll for the bride and groom, but in my opinion, i personally think that it is not appropriate....tak sesuailah untuk pengantin Malaysia.

     Ok, di sini saya nak share beberapa idea apabila hendak menghadiahkan sesuatu kepada pengantin.  Hope that it is beneficial. 

1)  Tea set
     Banyak pilihan yang akan kita jumpa di bahagian pinggan mangkuk atau di kedai pinggan mangkuk.  Carilah set yang praktikal dan bercorak sesuai.  Ini supaya ia akan digunakan dan tidak hanya disimpan tersorok di dalam setor sahaja.
 
contoh yang sesuai
 
in my opinion...this is for display only....
2)  Set gelas
     Hadiah yang paling gemar diberi kepada pengantin.  Mudah didapati kerana tak perlu cari lama-lama di kedai.  Banyak pilihan dengan harga yang berpatutan di bawah RM20.00.  Kalau nak lebih berkualiti, carilah gelas Luminarc atau Pasabache.  Kualitinya terjamin.


Mahal sedikit tapi berbaloi....















3) Mangkuk Buah / Mangkuk Bubur @ ais krim
    
     Mangkuk buah...ia praktikal tapi jarang diberikan sebagai hadiah.  Mangkuk ini boleh digunakan sebagai mangkuk tambah (untuk nasi) jika ada orang datang ke rumah.  Cantik dan praktikal kerana selalunya ia besar.  Juga boleh digunakan untuk mengisi kuah mee rebus , laksa dsbnya. 
     Selain untuk menghidangkan bubur, mangkuk bubur ni juga tersangatlah sesuai untuk digunakan untuk mengisi air celup tangan (style orang utara sebut ) untuk diletakkan di meja hidangan bagi membersihkan jari jemari ketika hendak menjamah hidangan .
mangkuk buah
mangkuk bubur/ais krim

4)  Kutleri set
     Banyak pilihan boleh didapati di bahagian pinggan mangkuk.  Boleh dibeli loose atau yang telah siap dikotakkan.  Jika beli yang loose  (like what i always do), saya akan carikan bekas seperti di bawah dan masukkan kesemuanya ke dalam 1 bekas tersebut dan balutkan. 
  Walla....Tersangatlah elok untuk dihadiahkan kepada pengantin baru.  Mereka tak payah bersusah payah lagi mencari sudu garfu kalau tetamu datang ke rumah. 
 
 

     Selain daripada set sudu dan garfu  ini,  boleh dihadiahkan juga set pisau untuk kegunaan harian.  Ia lah...zaman hidup bujang manalah nak ada pisau yang lengkap di dapur, diharap dengan adanya hadiah seperti ini akan melengkapkan dapur pasangan baru kita.


Ada banyak pilihan . Ini hanya contoh.


a good idea for a gift...


5)  Dinner set


      Kalau nak membeli set ni memang agak memeningkan kerana ada banyak pilihan: 4 pieces, 6 pieces, 12 pieces dll. Congak budget anda dan buat lah pilihan yang tepat.  Selalunya kalau nakkan set yang lengkap, ia agak mahal, boleh didapati dalam lingkungan harga RM 400++.  Kalau harga budget boleh la dapat bawah RM100.00, tapi tengok kualitinya dahulu.

6)  Set cadar & comforter


     Cadar sangat sesuai untuk dijadikan hadiah kerana pasangan yang baru berkahwin memang perlukan set cadar sebagai 'spare' jika yang sedia ada dicuci.  Ini terjadi kepada saya waktu baru-baru kahwin dulu.  Bila dah buat laundry cadar, tak ada gantian.  Jadi, tidur dengan tilam beralaskan kain batik sajalah kerana cadar tak kering bila dicuci. Lagipun, takkanlah pengantin baru asyik nak tidur atas cadar satin berkilat sahajakan.


   
     Comforter yang juga disebut toto/lembek  boleh dihadiahkan kepada pengantin baru.  Kalau ada tetamu datang ke rumah, boleh digunakan untuk lapik tidur jika tiada tilam. ( Baru je beli yang sebegini tadi untuk dihadiahkan kpd kawan anak).

7)  Periuk

    Memang diperlukan untuk memasak.  Kalau hidup bujang dulu hanya ada 1 je periuk untuk memasak mee maggi, tapi bila hidup berumahtangga ni kenalah lebih sikit periuk belanganya.  Ada pelbagai pilihan, samada nak hadiahkan yang biasa seperti di bawah atau pun yang non-stick (mahal le sikit), terpulang.


8)  Barangan letrik - rice cooker, blender, mixer, vacum cleaner, electric oven, cerek letrik

   Selalunya barangan letrik ni dihadiahkan oleh kawan-kawan pejabat dengan collection duit dari staf pejabat.  Jadi, dapatlah beli barangan yang harga beratus ringgit untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan yang akan menjadi raja sehari.

9)  Lesung Batu

    
     Barangan ni memang berguna untuk membuat sambal belacan.  Hadiah ni nampak kelakar, tapi dapat digunakan bergenerasi jika hayatnya panjang.

       Akhir sekali, buatlah pilihan yang sesuai untuk saudara mara/ sahabat handai anda yang nak melangsungkan perkahwinan.  Chao.............

No comments:

Post a Comment