Monday 6 June 2011

4 dan 5 June 2011

     Sebulan yang lepas, I was quite worried mengenai 2 tarikh ni.  Apa taknya....pada kedua-dua tarikh ni ada banyak kenduri.  On the 4th of June ada 6 kenduri dan on the 5th of June ada 7 kenduri.  Semuanya tak boleh di-misskan.  Itu tak masuk lagi nak kena pi rumah Kak O ; isi bunga telur dan meramaikan petang sebelum hari kenduri....   Aduhhh...nampak ayam masak merah dan gulai daging (menu utama lauk kenduri)....boleh kasi pening ni!!!
                                         
                                                    
    Alhamdulillah....bila hari yang dinantikan tiba, semuanya dapat diatasi.  Kami keluar ke rumah kenduri bermula dari pukul 11.00pagi...ke rumah yang paling jauh dahulu. Akhir sekali barulah kami ke kenduri jiran yang cuma selang 1 lorong dari rumah.  Segalanya selesai pada pukul 4.00 petang.  Kesian juga kat seorang kawan ni...demi untuk memenuhi jemputan walimatul-urus sebanyak 26 jemputan...dia keluar rumah dari pukul 10.00 pagi dan selesai semuanya pada pukul 9.00 malam. Iitu pun ada yang dia hanya pergi tunjuk muka pada tuan rumah sahaja.  Apapun, selesai sudah satu tanggungjawab dengan memenuhi jemputan tuan rumah.
                                                    

No comments:

Post a Comment