Alhamdulillah....cepat sungguh masa berlalu. Hari ini dah masuk 8 Ramadhan. Badan letih dek cuaca terlalu panas di utara menyebabkan anak-anak murid di sekolah kerap ke tandas. Masuk je ke dalam kelas pasti kepala dan kolar baju basah. Air menitik-nitik turun dari rambut yang dibasahkan. Bila ditanya pasti jawapannya "nak bagi rasa fresh , cikgu". Tak apalah...mereka masih lagi dalam proses pembelajaran. Kalau tidak, lena mereka waktu kelas.....
Anak bongsuku pula bila di tadika, kerana ikutkan kawan-kawan yang berpuasa...dia dapat menahan diri dari makan. Tetapi, naik sahaja ke kereta apabila selesai puku 4 ptg, pasti disuruhnya bawa kereta cepat-cepat supaya cepat sampai ke rumah. Nak makan.......katanya. Aduhhhhh.....bila la Hasif dapat puasa penuh dalam sehari? Tetapi setakat pukul 5 petang ni dia tak minta makanan lagi. Harap-harap untuk hari ni dia dapat puasa penuh for the first time. InsyaAllah....
No comments:
Post a Comment