Tuesday 7 June 2011

Boring......

    Pagi ni, bangun sahaja dari tidur my only prince sebut: "Mama, boring la cuti lama sangat.  Duk kat rumah ni tak ada kawan pun.  Baik pi sekolah, ada kawan boleh main."


    Itu adalah apa yang diucapkan oleh seorang budak berusia 6 tahun 3 bulan.  Kesiannya dengar.  Memang la dia tak ada kawan nak main di rumah.  Si kakak sulung berusia 20 tahun, sedang menghabiskan cuti semester sehingga September ni dengan bekerja sambilan di nursery berhampiran.  Yang kedua, juga seorang kakak baru sahaja melanjutkan pelajaran di Petaling Jaya.  Yang ketiga.....kakak juga, di tingkatan satu. Kakak ni is always in her own world. Kegemarannya melayari page artis Korea.

     Jadi, si adik ni aktivitinya dari bangun tidur hingga pukul 5.30 petang iaitu sebelum keluar bermain dengan kawannya Hariz dan Kak Ngah ialah menonton Ceria 611 ataupun bermain online game - his favourites will be "agame" dan "gamesfreak".  Kalau kita suruh ambil buku untuk diajar baca sukukata, his answer will be " tak best la mama".  Kakang-kadang kerana terlalu asyik bermain dan tak mahu meninggalkan komputer atau t.v, dia sampaikan pernah kencing dalam seluar.  Alasannya would be.." Hasif tak dan..., nak buat macamana."  Oh my!!!!!!!!!!!


       Dua minggu yang lepas, saya terdengar apa yang disebut oleh Dr. Shukri dalam radio IKIM .  Beliau menyebut yang anak zaman sekarang, dari yang kecil hingga yang besar semuanya hilang kemahiran bersosial kerana masing - masing sibuk dengan "screen gadgets".  Kalau tak guna handphone, dia akan guna komputer / laptop / ipad atau ipod. Paling tidak pun dia akan mengadap televisyen.  Semuanya berskrin dan merosakkan mata.  I agree with him but what to do......
   

No comments:

Post a Comment