Saturday, 6 August 2011
RAMADHAN 2011
Alhamdulillah...hari ni dah masuk hari ke 6 umat Islam berpuasa. Walaupun penghuni rumah ini tidak lengkap kerana Adik tiada di rumah, tetapi keriuhan ketika makan berjemaah tetap ada. Ini kerana Anisa dan Hasif akan meriuhkan keadaan. Kakak yang sulung pula akan memarahi Anisa kerana rajin mengusik adiknya. Seronok melihat kerenah anak-anak tatkala masuk waktu iftar. Walaupun anak-anak yang lain sudah menjadi "young adults" tetapi apabila mereka bermain atau menonton tv bersama , anak-anak ini masih lagi seperti anak kecil....terutama sekali ketika berebut channel dengan Hasif yang baru nak masuk 7 tahun.
Insyaallah...minggu depan kami sekeluarga akan ke P.J untuk mengubat rindu Adik yang ingin bersama dengan kami semua selepas 2 bulan di perantauan. Kesian Adik...insyaAllah nanti Mama & Abah datang jumpa Adik. Baawa Kakak, Baby dan Hasif bersama.
Friday, 22 July 2011
Saturday...23 July 2011
It's been quite a while since my last entry. I'm in school right now...ada LDP. It is fun being with friends yang dah senior dan veteran berkursus guna komputer ni. Penceramah duk berceramah, since masing-masing ada komputer seorang sebuah depan mata...apa lagi....google resepi lah. So for today, i googled blog sweet vanilla. Bagus blog ni. Banyak resepi mudah dari adik doktor ni. My favourite would be slice cheese cake. Insyaallah balik satgi nak cuba buat. Nampak yummy sangat...
Tuesday, 7 June 2011
Boring......
Pagi ni, bangun sahaja dari tidur my only prince sebut: "Mama, boring la cuti lama sangat. Duk kat rumah ni tak ada kawan pun. Baik pi sekolah, ada kawan boleh main."
Itu adalah apa yang diucapkan oleh seorang budak berusia 6 tahun 3 bulan. Kesiannya dengar. Memang la dia tak ada kawan nak main di rumah. Si kakak sulung berusia 20 tahun, sedang menghabiskan cuti semester sehingga September ni dengan bekerja sambilan di nursery berhampiran. Yang kedua, juga seorang kakak baru sahaja melanjutkan pelajaran di Petaling Jaya. Yang ketiga.....kakak juga, di tingkatan satu. Kakak ni is always in her own world. Kegemarannya melayari page artis Korea.
Jadi, si adik ni aktivitinya dari bangun tidur hingga pukul 5.30 petang iaitu sebelum keluar bermain dengan kawannya Hariz dan Kak Ngah ialah menonton Ceria 611 ataupun bermain online game - his favourites will be "agame" dan "gamesfreak". Kalau kita suruh ambil buku untuk diajar baca sukukata, his answer will be " tak best la mama". Kakang-kadang kerana terlalu asyik bermain dan tak mahu meninggalkan komputer atau t.v, dia sampaikan pernah kencing dalam seluar. Alasannya would be.." Hasif tak dan..., nak buat macamana." Oh my!!!!!!!!!!!
Dua minggu yang lepas, saya terdengar apa yang disebut oleh Dr. Shukri dalam radio IKIM . Beliau menyebut yang anak zaman sekarang, dari yang kecil hingga yang besar semuanya hilang kemahiran bersosial kerana masing - masing sibuk dengan "screen gadgets". Kalau tak guna handphone, dia akan guna komputer / laptop / ipad atau ipod. Paling tidak pun dia akan mengadap televisyen. Semuanya berskrin dan merosakkan mata. I agree with him but what to do......
![]() |
Jadi, si adik ni aktivitinya dari bangun tidur hingga pukul 5.30 petang iaitu sebelum keluar bermain dengan kawannya Hariz dan Kak Ngah ialah menonton Ceria 611 ataupun bermain online game - his favourites will be "agame" dan "gamesfreak". Kalau kita suruh ambil buku untuk diajar baca sukukata, his answer will be " tak best la mama". Kakang-kadang kerana terlalu asyik bermain dan tak mahu meninggalkan komputer atau t.v, dia sampaikan pernah kencing dalam seluar. Alasannya would be.." Hasif tak dan..., nak buat macamana." Oh my!!!!!!!!!!!
Monday, 6 June 2011
4 dan 5 June 2011
Sebulan yang lepas, I was quite worried mengenai 2 tarikh ni. Apa taknya....pada kedua-dua tarikh ni ada banyak kenduri. On the 4th of June ada 6 kenduri dan on the 5th of June ada 7 kenduri. Semuanya tak boleh di-misskan. Itu tak masuk lagi nak kena pi rumah Kak O ; isi bunga telur dan meramaikan petang sebelum hari kenduri.... Aduhhh...nampak ayam masak merah dan gulai daging (menu utama lauk kenduri)....boleh kasi pening ni!!!
Alhamdulillah....bila hari yang dinantikan tiba, semuanya dapat diatasi. Kami keluar ke rumah kenduri bermula dari pukul 11.00pagi...ke rumah yang paling jauh dahulu. Akhir sekali barulah kami ke kenduri jiran yang cuma selang 1 lorong dari rumah. Segalanya selesai pada pukul 4.00 petang. Kesian juga kat seorang kawan ni...demi untuk memenuhi jemputan walimatul-urus sebanyak 26 jemputan...dia keluar rumah dari pukul 10.00 pagi dan selesai semuanya pada pukul 9.00 malam. Iitu pun ada yang dia hanya pergi tunjuk muka pada tuan rumah sahaja. Apapun, selesai sudah satu tanggungjawab dengan memenuhi jemputan tuan rumah.
Wednesday, 1 June 2011
Good Luck dear..
Ahad lepas, kami sekeluarga kecuali my eldest daughter yg bekerja, bertolak ke Kuala Lumpur untuk menghantar anak yang kedua meneruskan pengajian asasinya di Pusat Asasi UIA, Petaling Jaya. She was looking forward to go to this place because of her interest in law. Alhamdulillah...syukur Adik dapat course ni. So....dah dapat apa yang dihajati, belajarlah bersungguh-sungguh. Jangan lupa Allah, jangan lupa pesan mama and abah and also jangan lupa "roots". Insyaallah everything will be fine. Good Luck in whatever you do.
Friday, 20 May 2011
From Mama and Mak
A few days before Hari Ibu , my beloved mother came to the house and gave me a gift. It was really a surprised. She went to her former house , searched her 'gerobok' and found her black rose platter. "Ini untuk Che Tan", she said. Wow............Thank you mama. Seronok bukan kepalang. My second daughter kata... "Mesti sengeh sampai ke telinga the whole day hari ni...". So, this add to my collection yang tak seberapa ini.
| my black rose platter |
Before this, my MIL gave me a few of her piring kekwa merah. Apalagi...my husband yang minatnya mula bercambah sejak melihat my koleksi bunga kangkung pun mulalah mencari pinggan pinggan yang masih lagi elok. Tapi kerana pecah, retak dan sumbing dah tak banyak yang boleh diambil. So, these are a few yang diberi oleh mak.
Monday, 2 May 2011
Trip to Baling
29th April...at last........semua setuju to follow the trip to Rumah Yakin Al Wadi. At first anak-anak tak nak ikut. Anisa dengan bermacam-macam alasan: ada kerja rumah M3lah, kerja rumah Sains la, nak tu lah, nak ni lah dan macam-macam lagi. Tapi, I knew why...she just wanted to watch William and Kate's royal wedding. He..he..Baby tak leh 'makan' mama.... Apapun, I'm proud that the whole family joined the trip.
8.30a.m sharp, berkonvoi dengan 25 rakan yang lain (yg menaiki bas) to Kupang, Baling. Misi membawa 20 kotak pakaian, buku dan 20 beg beras. First stop was at R&R Gurun. Had breakfast, rested for awhile and then continued the journey to Ladang Anggur Tasik Beris.
Wow....kagum kerana ada ladang yang sebegini di negeri Kedah ini. Cantik dan dijaga rapi. Sangat sesuai untuk dikunjungi. Tiket: RM3 , tapi dah datang dalam group, management bagi RM2 je. Ada peraturannya jika melawat ladang. Buah di ladang tak boleh dipetik. Jika dipetik walaupun sebiji, denda nya seperti membeli sekilo anggur, iaitu RM25. Aduhhh... mahalnya.
Buah anggur di ladang ni seedless. Macam-macam ada di souvenir shopnya. There's white grape juce, red grapes juice, fresh fruits, grape seeds lotion, shower cream, cordial and pastries. As for makan-makan di dalam kereta, I bought afew bottles of while grape and red grape juice and a packet of fresh grapes. So sweet.....About 2 1/2 hrs juga kami di ladang anggur ni.
Then, we continued the journey to perkuburan Ibrahim Libya di Kampung Parit Panjang, Baling. Al-fatihah untuk para syuhada'. Sedih bila terkenang peristiwa Memali. I wished anak-anak akan tahu/baca kisah sedih ni nanti. Waktu solat Jumaat, kami berhenti untuk solat di masjid pekan Baling. Dalam pukul 2.30 ptg, kami teruskan perjalanan ke Kg kupang. Wakil rumah Yakin Al-Wadi datang menjemput apabila kami tiba di pekan ke cil Kupang. Akhirnya...pukul 2.55 ptg, rombongan kami tiba ke destinasi. Disambut dengan hujan yang agak lebat , alunan kompang dan senyuman manis anak-anak rumah ini, perut yang berkeroncong pun hilang keroncongnya.
Sedih, sayu melihat anak-anak yatim dan miskin di rumah ini. Bersyukur kerana diri ini masih punya mama dan papa juga mak dan ayah. Dapat dilihat yang Aqilah dan Anisa juga merasai apa yang saya rasai ketika itu. Hampir 3 jam di rumah ini memang suatu pengalaman yang baru. Baru untuk anak-anaku yang pertama kali melakukan kerja sosial sebegini. Alhamdulillah ...sepanjang perjalanan pulang tak seorang pun merungut tentang terlepas menonton perkahwinan William dan kate. Kiranya berbaloi lah trip kali ni...
8.30a.m sharp, berkonvoi dengan 25 rakan yang lain (yg menaiki bas) to Kupang, Baling. Misi membawa 20 kotak pakaian, buku dan 20 beg beras. First stop was at R&R Gurun. Had breakfast, rested for awhile and then continued the journey to Ladang Anggur Tasik Beris.
| Pekerja sedang memangkas pokok-pokok di ladang anggur |
| Buah ini kena tunggu lagi sebulan baru boleh dipetik |
Then, we continued the journey to perkuburan Ibrahim Libya di Kampung Parit Panjang, Baling. Al-fatihah untuk para syuhada'. Sedih bila terkenang peristiwa Memali. I wished anak-anak akan tahu/baca kisah sedih ni nanti. Waktu solat Jumaat, kami berhenti untuk solat di masjid pekan Baling. Dalam pukul 2.30 ptg, kami teruskan perjalanan ke Kg kupang. Wakil rumah Yakin Al-Wadi datang menjemput apabila kami tiba di pekan ke cil Kupang. Akhirnya...pukul 2.55 ptg, rombongan kami tiba ke destinasi. Disambut dengan hujan yang agak lebat , alunan kompang dan senyuman manis anak-anak rumah ini, perut yang berkeroncong pun hilang keroncongnya.
![]() |
| Bangunan pentadbiran Rumah Yakin Al Wadi |
Sedih, sayu melihat anak-anak yatim dan miskin di rumah ini. Bersyukur kerana diri ini masih punya mama dan papa juga mak dan ayah. Dapat dilihat yang Aqilah dan Anisa juga merasai apa yang saya rasai ketika itu. Hampir 3 jam di rumah ini memang suatu pengalaman yang baru. Baru untuk anak-anaku yang pertama kali melakukan kerja sosial sebegini. Alhamdulillah ...sepanjang perjalanan pulang tak seorang pun merungut tentang terlepas menonton perkahwinan William dan kate. Kiranya berbaloi lah trip kali ni...
Subscribe to:
Posts (Atom)







