Monday 8 August 2011

Menu Hari Ini

     Alhamdulillah....cepat sungguh masa berlalu.  Hari ini dah masuk 8 Ramadhan.  Badan letih dek cuaca terlalu panas di utara menyebabkan anak-anak murid di sekolah kerap ke tandas.  Masuk je ke dalam kelas pasti kepala dan kolar baju basah.  Air menitik-nitik turun dari rambut yang dibasahkan.  Bila ditanya pasti jawapannya "nak bagi rasa fresh , cikgu".  Tak apalah...mereka masih lagi dalam proses pembelajaran.  Kalau tidak, lena mereka waktu kelas.....

     Anak bongsuku pula bila di tadika, kerana ikutkan  kawan-kawan yang berpuasa...dia dapat menahan diri dari makan.  Tetapi, naik sahaja ke kereta apabila selesai puku 4 ptg, pasti disuruhnya bawa kereta cepat-cepat supaya cepat sampai ke rumah.  Nak makan.......katanya.  Aduhhhhh.....bila la Hasif dapat puasa penuh dalam sehari? Tetapi setakat pukul 5 petang ni dia tak minta makanan lagi.  Harap-harap untuk hari ni dia dapat puasa penuh for the first time.  InsyaAllah....

Saturday 6 August 2011

RAMADHAN 2011

     Alhamdulillah...hari ni dah masuk hari ke 6 umat Islam berpuasa.  Walaupun penghuni rumah ini tidak lengkap kerana Adik tiada di rumah, tetapi keriuhan ketika makan berjemaah tetap ada.  Ini kerana Anisa dan Hasif akan meriuhkan keadaan.  Kakak yang sulung pula akan memarahi Anisa kerana rajin mengusik adiknya.  Seronok melihat kerenah anak-anak tatkala masuk waktu iftar.  Walaupun anak-anak yang lain sudah menjadi "young adults" tetapi apabila mereka bermain atau menonton tv bersama , anak-anak ini masih lagi seperti anak kecil....terutama sekali ketika berebut channel dengan Hasif yang baru nak masuk 7 tahun.


     Insyaallah...minggu depan kami sekeluarga akan ke P.J untuk mengubat rindu Adik yang ingin bersama dengan kami semua selepas 2 bulan di perantauan.  Kesian Adik...insyaAllah nanti Mama & Abah datang jumpa Adik.  Baawa Kakak, Baby dan Hasif bersama.