Tuesday 7 June 2011

Boring......

    Pagi ni, bangun sahaja dari tidur my only prince sebut: "Mama, boring la cuti lama sangat.  Duk kat rumah ni tak ada kawan pun.  Baik pi sekolah, ada kawan boleh main."


    Itu adalah apa yang diucapkan oleh seorang budak berusia 6 tahun 3 bulan.  Kesiannya dengar.  Memang la dia tak ada kawan nak main di rumah.  Si kakak sulung berusia 20 tahun, sedang menghabiskan cuti semester sehingga September ni dengan bekerja sambilan di nursery berhampiran.  Yang kedua, juga seorang kakak baru sahaja melanjutkan pelajaran di Petaling Jaya.  Yang ketiga.....kakak juga, di tingkatan satu. Kakak ni is always in her own world. Kegemarannya melayari page artis Korea.

     Jadi, si adik ni aktivitinya dari bangun tidur hingga pukul 5.30 petang iaitu sebelum keluar bermain dengan kawannya Hariz dan Kak Ngah ialah menonton Ceria 611 ataupun bermain online game - his favourites will be "agame" dan "gamesfreak".  Kalau kita suruh ambil buku untuk diajar baca sukukata, his answer will be " tak best la mama".  Kakang-kadang kerana terlalu asyik bermain dan tak mahu meninggalkan komputer atau t.v, dia sampaikan pernah kencing dalam seluar.  Alasannya would be.." Hasif tak dan..., nak buat macamana."  Oh my!!!!!!!!!!!


       Dua minggu yang lepas, saya terdengar apa yang disebut oleh Dr. Shukri dalam radio IKIM .  Beliau menyebut yang anak zaman sekarang, dari yang kecil hingga yang besar semuanya hilang kemahiran bersosial kerana masing - masing sibuk dengan "screen gadgets".  Kalau tak guna handphone, dia akan guna komputer / laptop / ipad atau ipod. Paling tidak pun dia akan mengadap televisyen.  Semuanya berskrin dan merosakkan mata.  I agree with him but what to do......
   

Monday 6 June 2011

4 dan 5 June 2011

     Sebulan yang lepas, I was quite worried mengenai 2 tarikh ni.  Apa taknya....pada kedua-dua tarikh ni ada banyak kenduri.  On the 4th of June ada 6 kenduri dan on the 5th of June ada 7 kenduri.  Semuanya tak boleh di-misskan.  Itu tak masuk lagi nak kena pi rumah Kak O ; isi bunga telur dan meramaikan petang sebelum hari kenduri....   Aduhhh...nampak ayam masak merah dan gulai daging (menu utama lauk kenduri)....boleh kasi pening ni!!!
                                         
                                                    
    Alhamdulillah....bila hari yang dinantikan tiba, semuanya dapat diatasi.  Kami keluar ke rumah kenduri bermula dari pukul 11.00pagi...ke rumah yang paling jauh dahulu. Akhir sekali barulah kami ke kenduri jiran yang cuma selang 1 lorong dari rumah.  Segalanya selesai pada pukul 4.00 petang.  Kesian juga kat seorang kawan ni...demi untuk memenuhi jemputan walimatul-urus sebanyak 26 jemputan...dia keluar rumah dari pukul 10.00 pagi dan selesai semuanya pada pukul 9.00 malam. Iitu pun ada yang dia hanya pergi tunjuk muka pada tuan rumah sahaja.  Apapun, selesai sudah satu tanggungjawab dengan memenuhi jemputan tuan rumah.
                                                    

Wednesday 1 June 2011

Good Luck dear..

     Ahad lepas, kami sekeluarga kecuali my eldest daughter yg bekerja, bertolak ke Kuala Lumpur untuk menghantar anak yang kedua meneruskan pengajian asasinya di Pusat Asasi UIA, Petaling Jaya.  She was looking forward to go to this place because of her interest in law. Alhamdulillah...syukur Adik dapat course ni.  So....dah dapat apa yang dihajati, belajarlah bersungguh-sungguh.  Jangan lupa Allah, jangan lupa pesan mama and abah and also jangan lupa "roots".  Insyaallah everything will be fine.  Good Luck in whatever you do.