Monday 5 December 2011

A Happy Day. It is my DAY today.


 I'm 43 today.  Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia dengan 4 cahaya mata yang sentiasa menceriakan hidup ini, seorang suami yang amat memahami dan menyayangi diri ini seadanya juga kasih sayang kedua ibubapa, mertua dan saudara mara dan rakan taulan.
Berilah hamba mu ini kesihatan yang baik untuk ku melakukan ibadah terhadap Mu Ya Allah.  Janganlah Engkau Kau palingkan hatiku dari Mu ya Allah. Aku hanyalah manusia biasa yang memiliki iman senipis kulit bawang. Amalan ku hanyalah sedikit. Janganlah kau jadikan aku leka dan hatiku berbolak balik.  Tetapkanlah Imanku.   Moga hidupku sentiasa mendapat keredhaanMu. Moga kebahagiaan ini kekal berpanjangan ya Allah..

Friday 2 December 2011

Bersunat Hasif

  30th Nov 2011.  Today is Ngah Ija's birthday.  It is also a big day for Hasif because he will be a big boy from today onwards.  The appointment with the doctor will be at 8.40 a.m.  So...kakak Ilah dan kak baby tak tidur after subuh lah today coz nak tengok macamana Hasif bersiap untuk ke klinik.  Hasif pun senang bangun pagi ni dan tak banyak kerenahnya.  Abah panggil ajak mandi ,terus je bangun and mandi.  After breakfast, Tok Ma sampai. Lepas borak-borak dengan cucu-cucunya, off we went to Poliklinik Mutiara.

  Sampai di klinik dah ada ramai patients menunggu.  Hasif was the 3rd one in the line to be circumcised this morning.  After 30 minutes waiting, the first boy's name was called. Nampak gaya macam berani je budak ni.  Confidence je dia jalan in his pants. The father, grandfather and uncle walked behind him. From the way he walked, nampak gaya macam budak ni boleh mengharungi cabaran di dalam bilik doktor tu nanti.  Memang betul....after almost 15 minutes, budak tadi berjalan keluar dengan tenang walaupun air mukanya dah sedikit berubah.  The chaperones were all smiling, walking behind him and the father kept saying...dah selesai dah, dah selesai dah. Syukur....
 
  After a couple of minutes, the second boy's name was called.  Yang ni, the mother and the father berjalan masuk dulu.  The boy berat je jalannya.  Masuk je, tak sampai 2 minit terus dengar budak ni nangis saying..."tak mau, tak mau...".  Alamak ...Hasif will be after this, hopefully dia tak dengar tangisan budak ni.  I asked Hasif to change places to a seat yang jauh sikit dari bilik doktor and he followed without hesitation.  Lepas tu pintu bilik dibuka dan I could hear the doctor asking the parents to take the boy for a drinks at the  restaurant nearby to calm him down.  The parents walked slowly to the grandfather who was waiting at the seat saying..."Nak buat macamana, dia takut".  Aduh...harap-harap my little boy will be fine afterwards.

  The moment has arrived.  The assistant at the clinic called Hasif's name and he jumped from the seat and ran to the doctor's room. His abah, Tok ma and I walked behind him, smiling looking at him...running into the room.  Dalam hati duk kata..."Tak takutnya anak aku ini.  Alhamdulillah". 

 The doctor greeted him saying that his name is a beautiful name and asked his age.  Confidently he said that he is 6.  "Bagus...bagus"..the doctor said and then he took off his pants after the doctor asked him to do so.  Walking confidently to the bed in the room bottomless with his handphone in his hand, he seemed curious. I asked him to concentrate on the game in the hp.  He did and suddenly...lepas doktor cucuk jarum ubat bius je I can see airmata my only anak teruna ni gugur.  He cried without suara, tapi air matanya ada.  Kesiannya anak mama menahan sakit.  "Sakit sikit je"...the doctor kept saying at him.  Syukur dia tak meronta. Lepas tu I felt dizzy....why?  Heh...heh...beeecause...I saw the doctor holding a scalpel and a small scissors in his hand.  Aduh....rasa nak jatuh je...tapi nasib baik tak jatuh.  I asked my mum to take my place and stand next to Hasif and I then walked to the chair at the doctor's desk and sat there for a while.  For Hasif's sake , I still smiled at him because he is looking at me from the bed and saying mama...mama. Doctor kata lagi 5 minit proces tu siap lepas dia masukkan sarung (clamp) dan Hasif dah boleh pakai seluar.  Alhamdulillah...tak sampai 5 minit, selesai semuanya.  Dengan berpelikat...my hero dah selesai dan berjalan keluar dari bilik doktor dengan muka selepas menangis and without pain (for the time being).

  We thanked Dr Wazir and Dr Jelani and went to the car waiting for abah to get the medicine and settle the payment. While walking out from the doctor's room, terdengar patients di kerusi menunggu memuji Hasif kerana tak menangis.  Like the first parents, myself and his Tok Ma just smiled.  Dah selesai satu tanggungjawab... 


  On the way back home, Hasif tidur.  Elok sampai je di rumah....dia dah mula MENYANYI lagu .. "sakit... sakit.... pedih ... panas".  Since I don't have any experience of process bersunat ni dan tak pernah tengok orang bersunat pun ( since I came from all girls siblings and anak2 pun 3 dara and Hasif is my only boy, so...you all can imagine la betapa perak nya saya melihat *** Hasif selepas sunat).  Kakak2 Hasif yang 2 orang ni pun (seorang 18th dan seorang lagi 13th pun tak pernah tengok juga) asyik menjerit and lari je bila Tok Ma, abah and mummy duk belek *** Hasif. 

  Abah before going to the clinic this morning dah siap sediakan tempat untuk gantung kain pelikat style tradisional. Tapi, nak buat macamana, Hasif tak nak guna pun. Hasif  cried bila dia rasa sakit on the first day je.  Masuk hari ke dua, dia dah lari sana sini macam orang tak sunat pun. Saudara dan rakan-rakan mummy and abah yang datang untuk kenduri kesyukuran semuanya hairan tengok Hasif naik turun tangga kat verandah dan lari ke sana sini bila dia main dengan sepupu dia.  "Hati hati, nanti bentan", shouted a friend at him.   Alhamdulillah...thanks to the modern technology, process bersunat ni dah jadi mudah especially bab waktu penjagaan selepas bersunat.  Smart clamp circumcision ni memang sesuai untuk ibu-ibu yang penakut / seriau nak tengok darah atau bekas luka macam saya.  According to my husband, tak ada setitik darah Hasif yang keluar waktu process ni. 

  Alhamdulillah...Hasif nanti dah boleh solat satu saf dengan orang dewasa bila ke masjid.  I am proud of you my little one.

Monday 28 November 2011

It is Hasif's Day Today

  Hari ni macam biasa, shopping day kat Giant Alor Setar.  Dah selesai beli barang-barang dapur, anak-anak nak makan. Gave them some money and off they went to Mariam Coklat ( MarryBrown as called by others but my second daughter called it this way since she was in her primary years). 
  I then went to the "Back To School" section.  Niat di hati nak beli barang-barang sekolah untuk Hasif ( my youngest and my only boy - harap-harap no more worries about diapers and midnite cries after this.)  He's going to be in Year 1 this coming January and he is too eager about it.  When I asked him to put on the school uniform, wah...wah...wah... sengeh sampai ke telinga.  Syoknya.  Then asyik duk tanya when is the school day.  Nanti kita pi sekolah no....insyaallah 29 Dec for the orientation.
   Sambil duk ronda ronda kat section tu , we stopped at the Faber Castell pit stop.  I asked him to get a box of coloured pencils.  Ingatkan dia nak capai a box of 12 colours, tengok2.....kawan pi pilih a box of 24 colours.  Tak pa....Hasif nak sekolah kan, nanti rajin-rajin guna colour tu untuk warna kerja sekolah tau, jangan conteng dinding rumah like usual sudah le.............


  For today, I only bought 2 pasang uniforms, a pair of school shoes, 3pairs of socks, coloured pencils and a box of pencils + erasers.  Altogether RM165.10.  (Nanti kita p Yawata  la pulak p tambah kuantiti uniform and kasut sekolahtu , ya Hasif...Hari ni budget mama tak cukup coz mama dah beli barang dapur almost RM200 tadi). 
  Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur dikurniakan rezeki yang mencukupi untuk kami sekeluarga.    Syukur Alhamdulillah. 
  (Terfikir juga bagaimana golongan yang kurang berupaya menyediakan persiapan untuk anak-anak mereka.    Sekali keluar berbelanja, dah spent RM300 lebih. Adakah kita membazir?)

Saturday 26 November 2011

Salam Maal Hijrah

  Dah pun 7.58 malam.  Baru tadi kita semua selesai bersolat maghrib dan beramai ramai membaca doa awal tahun setelah membaca doa akhir tahun di akhir solat asar petang tadi.  Ya Allah...untuk setahun mendatang ini, peliharalah daku dari melakukan perkara-perkara yang tidak bermanafaat, janganlah engkau jadikan aku menyukai perkara-perkara yang lagha dan boleh melupakan Mu ya Allah. Peliharalah imanku, suamiku, ibubapaku, mertuaku, anak-anakku, adikku, saudara maraku, sahabat handaiku dan muslimin muslimat sekalian.  Jadikanlah aku seorang hamba, anak, isteri , ibu, guru dan  sahabat yang beriman, soleh dan dapat membahagiakan orang-orang di sekelilingku.  Ampunkanlah segala dosa-dosaku Ya Allah.    Ampunkanlah dosa kedua ibubapaku, mertuaku dan datuk nenekku.  Mudahkanlah perjalanan hidupku dan zuriat keturunanku Ya Allah. Perkenankanlah doaku hambamu yang kerdil dan jahil ini.  Amin ya rabbal a lamin...

Friday 4 November 2011

Petua Baby Kuning

     Pagi tadi,  kami sekeluarga pi tengok cucu baru my brother-in-law.  Since my brother in-law and his wife pergi haji, kami suami isteri ambil alih tugas tuk and tuk wan ni setakat mana yang mampu.
     Di pasar tadi terjumpa orang jual ikan haruan kering.  Elok sangat ikan tu, so...beli 1/2 kilo untuk Aini (the new mom) makan dalam pantang.  Nak tahu berapa harga sekilo ikan haruan...RM50.00 harganya.  Fullamak.....memang boleh buat duit kalau rajin...
     Half an hour lepas sampai rumah Aini, mak bidan pun datang untuk mencukur rambut baby Irham since hari ni hari Jumaat  dan Irham pun dah 9 hari usianya.  So....dalam  beberapa minit, dogollah si baby ni.  He looked so comel without his hair. 
     Apapun....apa yang saya nak sampaikan di sini ialah satu petua yang saya baru belajar dari mak bidan moden ni.  Mengikut mak bidan ni...kalau baby kuning, dan nak bagi bacaan nya turun dengan cepat, petuanya ialah ambil 2 biji buah anggur merah. 


    Dibuang biji dan kulit luarnya dan dilenyek sehingga keluar air/jusnya.  Jus ini di suap pada baby yang kekuningan.  Insyaallah...kuning pada baby akan keluar melalui air kencing dan najis baby.  This is according to mak bidan moden ni lah.  Katanya dah ramai orang yang dia bidankan try petua ni dan menjadi.  InsyaAllah....

Tuesday 25 October 2011

Beware!!!

     Yesterday was the second time I received a call from this number...+18774273368.  The first time I got a call from this number was on the 7 of October .  Frankly I thought that it was a call from a friend who lives in Norway.  But, when I answered the call, no one was on the other side of the phone.  This made me curious.  I started to google and wow.....I'm not the only person who received calls from this number.  So...beware of this number because it is a SCAM.

Saturday 22 October 2011

Wedding gifts / Hadiah pengantin


    It's shopping day today.    Giant lah nampak gayanya destinasi yang akan dituju kerana ianya mudah, semua ada di bawah 1 bumbung.  Anak yang sulung yang sedang belajar di UPM minta tolong belikan  wedding gift untuk seorang kawannya.  At first it was quite difficult  to find a perfect one but with the help of my Baby Annisa who is 13, it was a big help for me.

     Some people prefer to buy a wedding doll for the bride and groom, but in my opinion, i personally think that it is not appropriate....tak sesuailah untuk pengantin Malaysia.

     Ok, di sini saya nak share beberapa idea apabila hendak menghadiahkan sesuatu kepada pengantin.  Hope that it is beneficial. 

1)  Tea set
     Banyak pilihan yang akan kita jumpa di bahagian pinggan mangkuk atau di kedai pinggan mangkuk.  Carilah set yang praktikal dan bercorak sesuai.  Ini supaya ia akan digunakan dan tidak hanya disimpan tersorok di dalam setor sahaja.
 
contoh yang sesuai
 
in my opinion...this is for display only....
2)  Set gelas
     Hadiah yang paling gemar diberi kepada pengantin.  Mudah didapati kerana tak perlu cari lama-lama di kedai.  Banyak pilihan dengan harga yang berpatutan di bawah RM20.00.  Kalau nak lebih berkualiti, carilah gelas Luminarc atau Pasabache.  Kualitinya terjamin.


Mahal sedikit tapi berbaloi....















3) Mangkuk Buah / Mangkuk Bubur @ ais krim
    
     Mangkuk buah...ia praktikal tapi jarang diberikan sebagai hadiah.  Mangkuk ini boleh digunakan sebagai mangkuk tambah (untuk nasi) jika ada orang datang ke rumah.  Cantik dan praktikal kerana selalunya ia besar.  Juga boleh digunakan untuk mengisi kuah mee rebus , laksa dsbnya. 
     Selain untuk menghidangkan bubur, mangkuk bubur ni juga tersangatlah sesuai untuk digunakan untuk mengisi air celup tangan (style orang utara sebut ) untuk diletakkan di meja hidangan bagi membersihkan jari jemari ketika hendak menjamah hidangan .
mangkuk buah
mangkuk bubur/ais krim

4)  Kutleri set
     Banyak pilihan boleh didapati di bahagian pinggan mangkuk.  Boleh dibeli loose atau yang telah siap dikotakkan.  Jika beli yang loose  (like what i always do), saya akan carikan bekas seperti di bawah dan masukkan kesemuanya ke dalam 1 bekas tersebut dan balutkan. 
  Walla....Tersangatlah elok untuk dihadiahkan kepada pengantin baru.  Mereka tak payah bersusah payah lagi mencari sudu garfu kalau tetamu datang ke rumah. 
 
 

     Selain daripada set sudu dan garfu  ini,  boleh dihadiahkan juga set pisau untuk kegunaan harian.  Ia lah...zaman hidup bujang manalah nak ada pisau yang lengkap di dapur, diharap dengan adanya hadiah seperti ini akan melengkapkan dapur pasangan baru kita.


Ada banyak pilihan . Ini hanya contoh.


a good idea for a gift...


5)  Dinner set


      Kalau nak membeli set ni memang agak memeningkan kerana ada banyak pilihan: 4 pieces, 6 pieces, 12 pieces dll. Congak budget anda dan buat lah pilihan yang tepat.  Selalunya kalau nakkan set yang lengkap, ia agak mahal, boleh didapati dalam lingkungan harga RM 400++.  Kalau harga budget boleh la dapat bawah RM100.00, tapi tengok kualitinya dahulu.

6)  Set cadar & comforter


     Cadar sangat sesuai untuk dijadikan hadiah kerana pasangan yang baru berkahwin memang perlukan set cadar sebagai 'spare' jika yang sedia ada dicuci.  Ini terjadi kepada saya waktu baru-baru kahwin dulu.  Bila dah buat laundry cadar, tak ada gantian.  Jadi, tidur dengan tilam beralaskan kain batik sajalah kerana cadar tak kering bila dicuci. Lagipun, takkanlah pengantin baru asyik nak tidur atas cadar satin berkilat sahajakan.


   
     Comforter yang juga disebut toto/lembek  boleh dihadiahkan kepada pengantin baru.  Kalau ada tetamu datang ke rumah, boleh digunakan untuk lapik tidur jika tiada tilam. ( Baru je beli yang sebegini tadi untuk dihadiahkan kpd kawan anak).

7)  Periuk

    Memang diperlukan untuk memasak.  Kalau hidup bujang dulu hanya ada 1 je periuk untuk memasak mee maggi, tapi bila hidup berumahtangga ni kenalah lebih sikit periuk belanganya.  Ada pelbagai pilihan, samada nak hadiahkan yang biasa seperti di bawah atau pun yang non-stick (mahal le sikit), terpulang.


8)  Barangan letrik - rice cooker, blender, mixer, vacum cleaner, electric oven, cerek letrik

   Selalunya barangan letrik ni dihadiahkan oleh kawan-kawan pejabat dengan collection duit dari staf pejabat.  Jadi, dapatlah beli barangan yang harga beratus ringgit untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan yang akan menjadi raja sehari.

9)  Lesung Batu

    
     Barangan ni memang berguna untuk membuat sambal belacan.  Hadiah ni nampak kelakar, tapi dapat digunakan bergenerasi jika hayatnya panjang.

       Akhir sekali, buatlah pilihan yang sesuai untuk saudara mara/ sahabat handai anda yang nak melangsungkan perkahwinan.  Chao.............