Monday 28 November 2011

It is Hasif's Day Today

  Hari ni macam biasa, shopping day kat Giant Alor Setar.  Dah selesai beli barang-barang dapur, anak-anak nak makan. Gave them some money and off they went to Mariam Coklat ( MarryBrown as called by others but my second daughter called it this way since she was in her primary years). 
  I then went to the "Back To School" section.  Niat di hati nak beli barang-barang sekolah untuk Hasif ( my youngest and my only boy - harap-harap no more worries about diapers and midnite cries after this.)  He's going to be in Year 1 this coming January and he is too eager about it.  When I asked him to put on the school uniform, wah...wah...wah... sengeh sampai ke telinga.  Syoknya.  Then asyik duk tanya when is the school day.  Nanti kita pi sekolah no....insyaallah 29 Dec for the orientation.
   Sambil duk ronda ronda kat section tu , we stopped at the Faber Castell pit stop.  I asked him to get a box of coloured pencils.  Ingatkan dia nak capai a box of 12 colours, tengok2.....kawan pi pilih a box of 24 colours.  Tak pa....Hasif nak sekolah kan, nanti rajin-rajin guna colour tu untuk warna kerja sekolah tau, jangan conteng dinding rumah like usual sudah le.............


  For today, I only bought 2 pasang uniforms, a pair of school shoes, 3pairs of socks, coloured pencils and a box of pencils + erasers.  Altogether RM165.10.  (Nanti kita p Yawata  la pulak p tambah kuantiti uniform and kasut sekolahtu , ya Hasif...Hari ni budget mama tak cukup coz mama dah beli barang dapur almost RM200 tadi). 
  Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur dikurniakan rezeki yang mencukupi untuk kami sekeluarga.    Syukur Alhamdulillah. 
  (Terfikir juga bagaimana golongan yang kurang berupaya menyediakan persiapan untuk anak-anak mereka.    Sekali keluar berbelanja, dah spent RM300 lebih. Adakah kita membazir?)

Saturday 26 November 2011

Salam Maal Hijrah

  Dah pun 7.58 malam.  Baru tadi kita semua selesai bersolat maghrib dan beramai ramai membaca doa awal tahun setelah membaca doa akhir tahun di akhir solat asar petang tadi.  Ya Allah...untuk setahun mendatang ini, peliharalah daku dari melakukan perkara-perkara yang tidak bermanafaat, janganlah engkau jadikan aku menyukai perkara-perkara yang lagha dan boleh melupakan Mu ya Allah. Peliharalah imanku, suamiku, ibubapaku, mertuaku, anak-anakku, adikku, saudara maraku, sahabat handaiku dan muslimin muslimat sekalian.  Jadikanlah aku seorang hamba, anak, isteri , ibu, guru dan  sahabat yang beriman, soleh dan dapat membahagiakan orang-orang di sekelilingku.  Ampunkanlah segala dosa-dosaku Ya Allah.    Ampunkanlah dosa kedua ibubapaku, mertuaku dan datuk nenekku.  Mudahkanlah perjalanan hidupku dan zuriat keturunanku Ya Allah. Perkenankanlah doaku hambamu yang kerdil dan jahil ini.  Amin ya rabbal a lamin...

Friday 4 November 2011

Petua Baby Kuning

     Pagi tadi,  kami sekeluarga pi tengok cucu baru my brother-in-law.  Since my brother in-law and his wife pergi haji, kami suami isteri ambil alih tugas tuk and tuk wan ni setakat mana yang mampu.
     Di pasar tadi terjumpa orang jual ikan haruan kering.  Elok sangat ikan tu, so...beli 1/2 kilo untuk Aini (the new mom) makan dalam pantang.  Nak tahu berapa harga sekilo ikan haruan...RM50.00 harganya.  Fullamak.....memang boleh buat duit kalau rajin...
     Half an hour lepas sampai rumah Aini, mak bidan pun datang untuk mencukur rambut baby Irham since hari ni hari Jumaat  dan Irham pun dah 9 hari usianya.  So....dalam  beberapa minit, dogollah si baby ni.  He looked so comel without his hair. 
     Apapun....apa yang saya nak sampaikan di sini ialah satu petua yang saya baru belajar dari mak bidan moden ni.  Mengikut mak bidan ni...kalau baby kuning, dan nak bagi bacaan nya turun dengan cepat, petuanya ialah ambil 2 biji buah anggur merah. 


    Dibuang biji dan kulit luarnya dan dilenyek sehingga keluar air/jusnya.  Jus ini di suap pada baby yang kekuningan.  Insyaallah...kuning pada baby akan keluar melalui air kencing dan najis baby.  This is according to mak bidan moden ni lah.  Katanya dah ramai orang yang dia bidankan try petua ni dan menjadi.  InsyaAllah....