Bangun tidur kelmarin tekak ni terasa nak makan puff pastry. Dolu-dolu waktu menemani suami belajar di luar negara , membuat makanan ni was my favourite. Hanya beli kulit pastry di Wades, Walmart atau Kroger, balik buat inti ,bake.... terus boleh makan.
Apalagi....tangan ini terus mencapainya. Anak daraku yang berumur 14 tahun terus sebut..."Mama, lama la baby tak makan puff pastry, kalau ma rajin ma buat la...". Heh..he...nanti rajin ma buat ya...
Oleh kerana kelmarin cuti , mood rajin mama pun datang....so, this was what I made yesterday.
Kalau nak cuba, ini resepi ikut taste saya. Enjoy.....
Bahan-bahannya:
1 packet kulit pastry
isi ayam - saya guna bahagian dada
1 susu makan (sederhana) serbuk ketumbar
1 sudu makan (sederhana) serbuk jintan manis
1 sudu makan (sederhana) serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam - saya guna sudu plastik KFC
ubi kentang , carrot - dipotong dadu ( kuantitinya terpulang kepada anda)
bawang besar dipotong dadu
garam
gula - ikut rasa
Cara saya:
1. Tumiskan bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan semua bahan serbuk dan lada hitam.Tambahkan air sedikit.
2. Bila sudah naik bau, masukkan isi ayam , ubi dan carrot. Tutup periuk supaya wapnya tidak keluar.
3. Jangan lupa masukkan garam,gula dan dikacau sebati. Bila telah masak, tutup api dan biarkan sejuk untuk dibalut dengan kulit pastry.
4. Bila hendak bake, guna panduan pada plastik packet pastry.
Selamat Mencuba....